Sunday, April 10, 2011

step to design a network and basic network requirements. ~

step required to design a good network.
  • verify the technical needs.
  • determine the features and function required to meet need identified above.
  • perform a network readiness assessment.
  • create a solution and site acceptance assessment.
  • create a project plan.

basic network requirements

1. scalability

- to ensure that the network are able to growth or upgrade. mean that, if customer need to expand their network or business, the network that are applied before can be upgraded and expands.

2. availability

- network must be up 24 hours a day, 7 days a week. failure of a single link shouldn't impact the network performance. ~

3. security

- a good network design must be implemented with security such as firewall, IDS, IPS lagii apa ea..? emm. antivirus and so on..;p

4. manageability

- network that are complex will not work efficiently and effective. a staff management must be required to manage network.

Sunday, April 3, 2011

mental dan fizikal... :P

Netrider ari tu x der rezeki.. x der dalam senarai top 10 pon. cik mimah (lect) cakap, saya no 11.. x to ler btol ke x.. ~ err. tekanan la jugak dengaq. x per la. redho saje. da x der rezeki nk wat cemana. but still puas ati sebab dapat markah round2 (praktikal) antara yg highest. heee. 9 org dapat markah terbaik. 3 org dari PUO.saya, faris dan nizam.. Alhamdulillah.. teori K.O.. kalo x, maybe boleyh bantu dapat top 10. hee.

da settle Netrider, skang nga fokus final exam. soalan sumer selaras seluruh Politeknik. doakan yg terbaik.. insyaAllah..

abes final, fokus CCNA. bootcamp 3 ari, then test.9 MEI. waa. tatot2.. bole ke x nak lulus. ;P ..

11 MEi plak, start kursus 3P. dapat course Council Network Security Certification (ENSA & ECSS).. waaa..tekanan btoi la tera nk tggu abeh sem ni.. aiyaa..~ try jer attend. lulus x lulus belakang kira. ;p

kesimpulannye, bln nanti ler baru nk leyh cari keje pe sume. x sabo da ni nk pegang duet sendiri.. tapi keje apa yer...............?

Wednesday, March 30, 2011

Netrider oh Netrider..

salam sume. :)
pejam celik pejam celik, da 3 hari da kat psa ni.. psa a.k.a politeknik shah alam.hehe
taw ape saya buat kat sini..?
saja jer penuhi permintaan lecturer.. hoho..
bootcamp semnggu utk competiton netrider..
hoo.. denga nama pon cem gerun kan..?
ntah ler. . boleyh buat ke x ntah..
dalam kelas semua ok. bila nk study sendiri, keje nk lentok jer.. haih.. ~
ari sabtu ni, ntah cemana..
top 10 tu susah nk dapat.
semua terrer2..
ni baru poli nye team..
x tgok team University lagi..
maw pengsan haa. :)
pe pon.. doakan yg terbaik.. InsyaAllah, ada rezeki, ada la top 10 nye..
kalo x der, x per laa.. ~ redho.. :)

.........................................................................................

Sunday, February 13, 2011

my self.. :)

waaa..
dah lama x update. boring lak. akceli ni tgh pening wat report projek..
hehhe.. ari tu memamin.. ni lect nak tgok baru hegeh2 nk buat.. hehhe..
biasa.. nama pon has.. ;)
so, ari ni nk cerita sket sal saye.. baru nk introduce ni. hhehe.
nama caye ni. Hasnidar bt Harun. mak cakap, nama tu ustaz kat Johor dulu yang suggestkan..
maksudnya.. "Gudang kecantikan. " kaitan.?
entoh. hee.. time tu mak cari nama yg start huruf H.
semua famili caye ni semua huruf H. tu yg amek nama tu..:)
apa2 je la. yg pasti, caye suke nama tu.. hehehe..
ok. lahirnya budak name hasnidar ni pada 11 oktober 1990.
time tu family still kat Johor.
jauhkan..? sebabnye abah caye ini askar. pindah merata le.
14 hari umur caye ni. x dan abeh pantang , family kena pindah pi taiping. hheehe..
dekat taiping x lama.. 2 taun jer kot. pastu abah pencen.
pindah la kami ni ke Sungai Petani kedah yang indah lagi menarik. heee..
da masuk 6 taun, mak antaq pi tadika Taski Abim dekat2 ngan umah jugak.
igt lagi mak kayuh basikal antaq. sian mak.. :(

em.. da abeh tadika, dapat result yg cemerlang.
cemerlang ke.? haha.. x igt.;p
masuk darjah satu kat SK Sungai Layar. dekat jer kat umah. kalo caye nangis kat cekolah pon, mesti mak yang dekat umah leyh dengaq. heee.
time sekolah, caye budak malas jugak. paling besh subjek math. hehe
cikgu latipah. garang woo.. dan igt lagi cikgu penah kasi gelaran bintang kat caye sbb caye dapat markah tggi math. antara yang tinggi la. yg laen ramai lagi dapat markah tggi.
best oo cekolah rendah. jadi pengawas kesihatan. hee. sbb sehat sgt kot..;p
jadi pengawas pusat sumber. hoho.. baca buku malas..;p

pastu da abeh UPSR semua. alhamdulillah dpaat elok gak.
x taw la pemeriksa kecian ke apa.
dia kaci 4A 1 B dan semestinya B itu adalah .. Bahasa Inggeris. yey!
subjek plg x cuke.;p
dapat tawaran g Sekolah Men keb Agama Yan.
Cekolah idaman.;)
kat sini best. form 1 sampai form 5. ada saja yg manis.
my best friend, husnna. since form 1 sampai form 5 kelas yang sma.. hee
kelas hidayah. kelas no 3. haha. x berganjak sebb x dak peningkatan.. has2..
plg sedeyh, spm terok. ish2.. mak pon sedeyh. maaf mak.:(

emm.. then da abes spm. tggu tawaran mana pon x dapat.
cedih oo.. matrik da confirm x dapat. sbb fizik kimia hebat sgt. depa takot nk bg peluang..hee
emm.. so, wat keputusan pi la wat stpm kat agama kedah.
2 mggu kat sana, x suka sgt environment. peraturan x ketat. sampai pelajar dya x ikot lansung. kami pelajar baru ni, smapia x taw nk ikot mana satu.
pakaian, waktu pa suma lah. pening2.
tapi subjek2 dya menarik. saya minat..;p
ada arab, pengajian am. ekonomi.
boleyh la.. minat la jugak. hee
2 mggu kat sana, tetiba dapat tawaran mai poli. err.
kos network. apatuh.? time tu x taw pa lansung.. x maw.
sbb da tekad nk belajaq sungguh2 kat agama kedah..
tapi apakan daya. abang mak suma nk caye g poli.
x pe la. ikot yang berpengalaman..;)
so, 2008. saya start belajar di poli ipoh. hoo. nk kata best tu, biasa ja.
1st semester, nanges kat lect sbb x boleyh nk catch up menda apa lect cakap. hee..
then seterusnya ok la. semua ok. sampai skrg. 6th semester. tggu time nk grad.
tu pon kalo berjaya siapkan projek akhir ni. pening2..
hee.. masa depan..? x taw la..
nk sambung degree ke. nk keje ke..
adoih..
itu sahaja dari caye.. :)

yang boring..hee

Friday, December 17, 2010

ingin ku gapai bulan dan ku petik bintang...~

wee..~
semester 6 sudah....
final sem.
sebuk ngan projek...
jam kredit bertambah..
jadual kelas pack.
uwaa..!
bila nak balik sp kalo cem ni.. :'(
maintainkan mood study sampai ujung bulan 4..
mampukah wat yg terbaek..?
try..
semangat...!

senyum lah..~

1. Para saintis mendapati senyum dan ketawa merupakan satu senaman berbentuk jogging dalaman di mana dapat merangsang seluruh tubuh dan mampu memberi manfaat berguna kepada sistem saraf otak danjuga hormon-hormon.

2. Pengkaji dan pengamal barat percaya dengan memulakan hari dengan senyuman bukan sahaja berupayamenceriakan hidup anda tetapi memberi banyak kebaikan kepada kesihatan. Apabila kita tersenyum, badan turut 'tersenyum' dan menganggap kita gembira. Kajian menunjukkan senyuman memperlahankan aliran darah yang melalui sinus ke otak.

3. Apabila darah yang 'sudah sejuk' ini sampai ke hipotalamus (bahagian yang mengawal suhu badan dan emosi) ia menghasilkan kesan 'gembira'. Selain itu, apabila kita tersenyum, kita hanya menggunakan 17 otot muka berbanding 43 ketika mengerutkan dahi.

4. Senyuman bukan sekadar reaksi gerak muka, tetapi turut mempunyai kaitan dengan penghasilan endorphin dalam otak yang mengurangkan kesakitan fizikal dan emosi menjadikan seseorang itu rasa lebih selesa dengan diri sendiri.

5. Kajian menunjukkan individu yang ketawa 100 kali dalam tempoh 24 jam mendapat manfaat kardiovaskular sama seperti bersenam 10 minit. Hal ini terjadi kerana apabila kita ketawa, tekanan darah dan kadar dengupan jantung meningkat. Kemudian kedua-dua kadar ini akan turun iaitu lebih rendah daripada paras sebelum anda ketawa.

6. Anda juga perlu sedar bahawa kanak-kanak lebih banyak ketawa dari orang dewasa. Kanak-kanak berumur antara empat hingga enam tahun ketawa 400 kali sehari berbanding hanya 15 kali sehari di kalangan orang dewasa. Jesteru tidak hairan jika orang dewasa lebih mudah diserang penyakit serta mengalami masalah tekanan dan kemurungan.

7. Kajian yang dibuat oleh sekumpulan saintis dari Universiti Pusat Perubatan California menjelaskan terdapat dua jenis 'stress' iaitu stress yang baik dan stress yang tidak baik. Senyum dan ketawa dikategorikan sebagai stress yang baik. Stress yang tidak baik akan memberi tekanan kepada sistem ketahanan badan.

8. Dalam kajian di atas, dua kumpulan orang dewasa telah digunakan sebagai eksperimen. Kumpulan pertama dipertontonkan cerita-cerita lucu manakala kumpulan kedua diletakkan disebuah bilik tanpa berbuat apa-apa. Sampel darah diambil 10 minit sebelum dan selepas kajian dibuat. Dari keputusan sampel darah tersebut, kumpulan pertama didapati peningkatan hormon semakin baik seperti hormon 'endorphins' dan hormon 'neurotransmitters' dan penurunan tahap hormon stress 'cortisol' dan 'adrenaline' .

9. Ketika kita ketawa, sel pembunuh tumor dan virus semulajadi dalam badan akan bertambah selaras dengan pertambahan Gamma-inteferon (protein melawan penyakit), sel T (yang penting untuk sistem pertahanan badan) dan sel B (yang menghasilkan antibodi melawan penyakit).

10. Senyuman juga mampu merendahkan tekanan darah, menambah kemasukan oksigen dalam darah dan ini secara tidak langsung merangsang proses penyembuhan. Banyak kajian terbukti bahawa tekanan emosi seperti kemurungan, kemarahan atau keresahan mempunyai kaitan dengan sakit jantung.

11. Senyuman yang diakhiri dengan ketawa mengaktifkan kimia badan dan secara tidak langsung merendahkan risiko penyakit jantung, tekanan darah tinggi, strok, atritis dan ulser. Pusat Perubatan Universiti Maryland menjalankan kajian ke atas 300 responden dan mendapati 40 peratus orang yang mengidap penyakit jantung kurang ketawa berbanding orang yang sihat.

12. Senyuman dan ketawa antara senaman yang baik kerana ia membabitkan diafragma, abdomen, sistem pernafasan, muka, kaki dan otot belakang badan. Ketawa 'mengurut' organ dalam abdomen dan menguatkan otot abdomen.


Tuesday, October 19, 2010

hari gembira buat saya~

gembira..
walao busy..
walao tekanan..
assignment, mini pojek..
projek akhir..
saya still gembira..
kenapa?
sbb
saya mmg gembira lah~
hahah..

pe pon.
study 1st..
jadikan dia sbg peransang semangat utk study..
tengs utk nya kerana menjadi penawar sendu di hati..
=)